Month: April 2026

Buku biografi Laila Taib dilancar

KUCHING: Biografi kehidupan secara sederhana dan legasi Allahyarhamah Datuk Amar Laila Taib kini boleh ditatapkan dalam sebuah buku hasil karya seorang penulis terkemuka, Christina Thomas Mamora. Anak-anak Allahyarhamah iaitu Dato Mahmud Bekir Taib, Hamidah Jamilah dan Datuk Hanifah Hajar, secara serentak melancarkan buku berkenaan ‘Laila Taib – Her Journey of Love and Compassion’ pada satu […]

Latihan kemahiran mampu jana pendapatan lumayan lepasan SPM

LAWAS: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih mempunyai peluang cerah untuk menjana pendapatan lumayan melalui latihan kemahiran. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ibu bapa memainkan peranan penting memastikan anak-anak tidak terbiar tanpa hala tuju selepas menamatkan persekolahan. “Latihan yang ditawarkan menerusi institusi kemahiran seperti Centexs dan GiatMARA mampu melahirkan […]

Kerajaan GPS luluskan RM722 juta laksana 52 projek infrastruktur DUN Marudi

MARUDI: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) meluluskan lebih RM722 juta bagi membangunkan 52 projek infrastruktur untuk daerah ini. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dari jumlah ini, 25 projek sudah siap manakala empat projek dalam pelaksanaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM387 juta serta baki 23 […]

Lingga nikmati transformasi, rangka lima resolusi lonjakkan ekonomi

SIMANGGANG: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga kini berada di ambang transformasi menerusi lima resolusi strategik yang dirangka bagi memacu pembangunan ekonomi lebih inklusif dan lestari, selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, lima resolusi utama yang digariskan merangkumi pembangunan pelancongan […]

Solar terapung jana 50mw tenaga tambahan – Fadillah

LUBOK ANTU: Pembangunan tenaga di Empangan Hidroelektrik Batang Ai (HEP Batang Ai),di sini akan diperkukuhkan lagi melalui projek solar terapung hasil kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan syarikat dari China. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, solar terapung itu dijangka menjana kira-kira 50 megawatt tenaga […]

Lingga berpotensi hab pengeluaran padi Sarawak

SIMANGGANG: Kawasan Lingga dikenal pasti sebagai lokasi baharu berpotensi sebagai hab pengeluaran padi di Sarawak dalam usaha agresif kerajaan negeri memperkukuh sekuriti makanan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Taj Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan langkah itu merupakan sebahagian daripada strategi besar negeri bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan beras import yang semakin tidak menentu. Menurut beliau, […]

Perjalanan Kuching- Sri Aman dijangka dipendek 1 jam 15 minit, projek berfasa dilaksana

SIMANGGANG: Jarak perjalanan antara Kuching dan Sri Aman dijangka dapat dipendekkan kepada hanya satu jam 15 minit menerusi rangkaian infrastruktur jalan pesisir dan pembinaan jambatan yang sedang giat dilaksanakan Kerajaan Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan sasaran masa perjalanan tersebut bukan sekadar angan-angan, sebaliknya berasaskan perancangan teknikal yang teliti […]

Kepelbagaian kaum asas kekuatan kestabilan Sarawak

SIBU: Kepelbagaian kaum dan budaya yang menjadi teras keharmonian Sarawak perlu terus dipelihara kerana ia merupakan kekuatan dalam menyatukan rakyat serta menjamin kemajuan negeri. Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, perbezaan latar belakang bukan penghalang, sebaliknya menjadi asas kepada perpaduan rakyat negeri ini yang hidup dalam […]

PPWS perkasakan program berimpak tinggi, fokus pembangunan inklusif

LAWAS: Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) diiktiraf sebagai tonggak penting dalam memperkasa wanita serta memacu pembangunan sosioekonomi negeri sejak lebih enam dekad penubuhannya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sejak ditubuh 1962, PPWS memainkan peranan besar membangunkan komuniti wanita khususnya di luar bandar melalui pelbagai program kemahiran, keusahawanan dan literasi digital. […]

Talentbank iktiraf UNIMAS peneraju kebolehpasaran graduan

KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima pengiktirafan sebagai peneraju kebolehpasaran graduan di bawah Talentbank Graduate Employability Index. Pengiktirafan Ini satu penilaian komprehensif berasaskan maklum balas serta validasi majikan di Malaysia dan membuktikan program pengajian UNIMAS kekal relevan dan berkualiti tinggi, serta selaras keperluan semasa industri. Penilaian oleh Talentbank turut mengambil kira persepsi dan pengalaman […]