Month: July 2026

Anak Sarawak perlu hargai bantuan Kerajaan Sarawak

LAWAS: Anak Sarawak harus menghargai segala bantuan dan inisiatif yang diberikan Kerajaan Sarawak untuk kesenangan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang berkata mereka juga diharapkan tidak lalai termasuk pelajar mendapat bantuan pendidikan tinggi percuma di universiti tempatan. “Saya harap mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana perbelanjaan yang banyak ini ditanggung […]

Peserta PERANTIS jana pendapatan lumayan

KOTA SAMARAHAN: Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) menawarkan peluang kepada pesertanya menjana pendapatan lumayan menerusi keusahawan berasaskan orkid. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, ini dibuktikan apabila terdapat peserta program berjaya menghasilkan pendapatan yang tinggi dalam masa sebulan. “Terdapat peserta program berjaya menghasilkan dan memasarkan produk sendiri dengan pendapatan antara […]

Pelaburan pendidikan untuk kemakmuran anak Sarawak​

KUCHING: Rancangan Kerajaan Sarawak melabur dalam pendidikan untuk kemakmuran masa depan Sarawak, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, apabila setiap anak dipupuk dengan ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni serta peluang untuk berkembang, Sarawak sedang membina sebuah masyarakat yang berdaya tahan, inklusif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan. “Kerajaan Sarawak […]

Keselamatan pembaikan Ramp Satu persimpangan Selangau diutamakan

SELANGAU: Kerja-kerja pembaikan Ramp Satu Persimpangan Selangau di Lebuh raya Pan (LPB) Borneo akan dilaksanakan secara terkawal dengan aspek keselamatan pengguna jalan raya diberi keutamaan sebelum laluan itu dibuka semula. Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, berdasarkan taklimat teknikal di tapak, kemalangan itu menyebabkan sebahagian panel tembok penahan rosak selain kerosakan pada […]

41 terima pampasan tanah projek menaik taraf jalan masuk ke Lundu

​LUNDU: Kerajaan Sarawak menyampaikan pampasan tanah projek menaik taraf jalan masuk ke bahagian ini membabitkan nilai keseluruhan RM403,618.75 kepada 41 penerima hari ini. Penyerahan tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan di Dewan Serbaguna Mahligai Gading, di sini. Projek berkenaan mendapat kelulusan Majlis Perancangan Negeri (SPA) pada 20 […]

Kuching Life Care Society terima sumbangan van penyayang

KUCHING: Kuching Life Care Society’ (KLCS) menerima sumbangan sebuah ‘van penyayang’ dalam usaha menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pesakit yang memerlukan penjagaan paliatif. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sumbangan tersebut membuktikan kepercayaan masyarakat terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu golongan kurang mampu. “NGO melakukan perkhidmatan terbaik demi […]

Bukit Sadok berpotensi destinasi pelancongan, suntik ekonomi luar bandar

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperkasakan pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban bagi mempercepatkan kemajuan demi kesejahteraan rakyat. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata usaha itu turut memberi tumpuan kepada pembangunan Bukit Sadok sebagai destinasi pelancongan berasaskan sejarah dan warisan. Beliau berkata, projek Jambatan Sungai Paku yang dijadual […]

Kadar tambang baharu AirBorneo dijangka diketahui pertengahan Julai ini

KUCHING: Orang ramai dijangka mengetahui kadar tambang baharu AirBorneo seawal minggu depan atau selewat-lewatnya pertengahan Julai ini, dengan harga yang dijanjikan lebih kompetitif. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pakej tambang yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan milik negeri itu turut merangkumi kemudahan bagasi serta hidangan, sekali gus memberikan nilai tambah […]

Konvensyen Parti PBB Zon Tengah bakal himpun lebih 3,000 perwakilan

SIBU: Lebih 3,000 perwakilan daripada 24 cawangan dijangka menghadiri Konvensyen Zon Tengah 2026 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Stadium Tertutup Sibu pada 26 Julai ini. Zon Sibu merupakan lokasi pertama mengadakan konvensyen tersebut, yang kesemuanya terdiri daripada empat zon. Menurut Setiausaha Agung parti, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, konvensyen sehari yang bertemakan “Jaga Sarawak, […]