Month: July 2026

GPS optimis mampu kekalkan kemenangan PRN-13

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-13 (PRN-13) akan datang tanpa mengira sama ada pilihan raya itu diadakan menggunakan 82 atau 99 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri menghormati proses yang sedang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan […]

NGO digesa berdaftar, mudahkan bantuan disalur

KUCHING: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memastikan organisasi masing-masing berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) demi akauntabiliti dan ketelusan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, langkah itu juga untuk melayakkan mereka memohon geran dan dana daripada kerajaan. Menurut beliau, pendaftaran dengan ROS yang di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan […]

Peluang, perlindungan seimbang anak Cerebral Palsy

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited memperkukuh perlindungan, kebajikan dan pembangunan kanak-kanak Cerebral Palsy, kata menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri. Menurut beliau, langkah itu bagi memastikan mereka mendapat hak, peluang dan akses yang sama untuk pendidikan, pemulihan serta perkhidmatan sokongan. “Sehingga 31 Mei 2026, seramai 843,759 individu berdaftar sebagai Orang Kelainan […]

Sarawak laksana penjagaan kesihatan digital, akses perkhidmatan kesihatan diperluas

SIBU: Sarawak bakal menjadi negeri pertama di negara ini melaksanakan sistem penjagaan kesihatan digital pada penghujung 2026, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hanifah Hajar Taib. Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan usaha memperluaskan akses perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat tanpa mengira lokasi. Katanya, sebahagian besar klinik kesihatan kerajaan di Sarawak beroperasi menggunakan platform digital, selaras […]

Budaya, adat resam kaum tunjang perpaduan Sarawak

LAWAS: Rakyat Sarawak perlu mempertahankan budaya dan adat resam unik kaum masing-masing agar difahami generasi muda. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ini kerana kepelbagaian budaya dan adat resam itu menjadi pengukuh jati diri rakyat Sarawak dalam menghadapi cabaran untuk mengekalkan perpaduan. “Budaya dan adat juga harus diperturunkan kepada generasi yang akan […]

Pengangkutan awam bandar Miri perlu beralih hidrogen, elektrik

MIRI: Bandar Miri berpotensi menjadi bandar pintar rendah karbon yang mengutamakan penggunaan teknologi dan mengekalkan persekitaran bersih. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata persekitaran bersih, indah dan mampan itu sebagai destinasi pelancongan. “Sistem pengangkutan awam juga perlu beralih kepada tenaga bersih seperti hidrogen atau elektrik agar selari dengan aspirasi bandar […]

SMK Saratok juarai Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian Betong

BETONG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian (MSSB) Betong Ke-22 yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong, petang semalam. Kejayaan itu sekali gus melakar hatrik kejuaraan buat SMK Saratok selepas berjaya mempertahankan gelaran selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2024, 2025 dan 2026. Berdasarkan keputusan rasmi, SMK Saratok […]

52 projek Cakna MADANI dilaksana di Sarawak

MIRI: Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memperkukuhkan usaha mitigasi banjir di Sarawak melalui pelaksanaan 52 Projek Cakna MADANI. Projek itu membabitkan peruntukan RM9.46 juta di bawah Rancangan Boleh Pinda Satu (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) Tahun 2026. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, daripada 52 projek itu, 12 […]

Sarawak rancang perluaskan Pusat Kawalan Bandar Pintar

MIRI: Kerajaan Sarawak merancang memperluaskan penggunaan Pusat Kawalan Bandar Pintar ke seluruh negeri menerusi platform digital bersepadu yang akan menyelaras operasi setiap bandar di bawah satu sistem yang sama. Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sekali gus memperkukuh usaha merealisasikan bandar pintar rendah karbon. Katanya, pendekatan itu membolehkan semua pusat […]

PEKERTI sasar 150,000 penyertaan remaja menjelang 2030

KUCHING: Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) Negara menyasarkan penglibatan 150,000 remaja di seluruh negara menjelang 2030. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ia termasuk lebih 25,000 remaja di Sarawak. Tambahnya, langkah itu bagi memperkukuhkan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. “Sasaran dari kalangan institusi pendidikan dan komuniti. “Dengan sejumlah […]