Month: July 2026

Kemukakan laporan lengkap program guna peruntukan MRP

MUKAH: Setiap penerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian diingatkan perlu mengemukakan laporan lengkap pelaksanaan program peruntukan itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata ini bagi memastikan penggunaan peruntukan direkodkan secara teratur dalam sistem. “Laporan yang dikemukakan perlu lengkap termasuk tarikh dan nama program untuk tujuan […]

Isu kesihatan mental, gelandangan perlu pendekatan bersepadu di Sarawak

KUCHING: Isu kesihatan mental dan gelandangan dikenal pasti sebagai saling berkait rapat serta memerlukan pendekatan bersepadu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah. Katanya, ia melibatkan pelbagai agensi termasuk kesihatan, kebajikan dan komuniti dalam menangani cabaran sosial di Sarawak. Beliau berkata, terdapat gelandangan yang turut mengalami masalah kesihatan […]

Tangani kehamilan remaja secara menyeluruh

KUCHING: Di sebalik pelbagai kejayaan dicapai dalam pembangunan belia, realitinya masih ada cabaran yang membayangi masa depan generasi muda. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, isu kehamilan remaja luar nikah antara yang memerlukan perhatian semua pihak. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan seramai 21,114 remaja berusia antara 10 hingga 19 […]

Kesihatan mental tonggak utama pembangunan Sarawak di bawah PCDS 2030

KUCHING: Kesihatan mental kini diiktiraf sebagai antara tonggak utama pembangunan Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), dengan usaha memperluaskan akses perkhidmatan kesihatan mental yang berkualiti kepada seluruh rakyat tanpa mengira lokasi dan latar belakang. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan negeri tidak boleh hanya diukur […]

Percepatkan akses rawatan kardiologi demi kesejahteraan rakyat

SIBU: Kerajaan Persekutuan digesa mendapatkan perkhidmatan kardiologi daripada hospital swasta sekiranya belum mampu menyediakan kemudahan itu di Sarawak bagi mempercepatkan akses rawatan kepada rakyat. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, kerajaan boleh membeli perkhidmatan daripada hospital swasta bagi mengurangkan kes tertunggak dan tempoh menunggu pesakit untuk rawatan kritikal. […]

JTS Sarawak, MUDeNR dan MIP bekerjasama martabat profesion perancang bandar

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak bersama Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) memperkukuhkan kerjasama strategik dengan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) bagi memperkasakan profesionalisme perancangan bandar dan desa di Sarawak. Menurut kenyataan media dari Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak, kunjungan tersebut bertujuan merangka kerjasama yang lebih proaktif antara agensi Kerajaan Sarawak dengan […]

SUKMA Ke-22: Sarawak optimis capai sasaran, berdepan kekangan logistik

KUCHING: Sarawak yakin mampu mencapai sasaran di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 walaupun akan berdepan kekangan logistik pada temasya itu di Selangor mulai 15 hingga 24 Ogos depan. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Chef De Mission Kontijen Sarawak SUKMA 2026, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, ini berdasarkan kira-kira 30 peratus pasukan Sarawak […]

Projek padi Nangar bakal tawarkan banyak peluang pekerjaan

DARO: Cadangan pembangunan projek tanaman padi berskala besar di Nangar sini, dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan pertanian moden di Daro sekali gus memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr. Safiee Ahmad berkata, projek seluas kira-kira 500 hektar di Blok G, Nangar itu dijangka meningkatkan pengeluaran padi, merancakkan ekonomi serta mewujudkan […]

Universiti tempatan perlu tubuhkan fakulti perubatan, atasi kekurangan doktor

SIBU: Sarawak perlu menubuhkan fakulti perubatan di universiti tempatan bagi mengatasi kekurangan kira-kira 2,000 doktor. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Pengerusi UTS, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, langkah itu juga bagi memenuhi keperluan doktor pakar di negeri ini. “Jika pada masa hadapan kerajaan bersetuju untuk menubuhkannya, UTS akan menjadi universiti tempatan pertama […]

Kota Samarahan terus diperkasa sebagai Metropolis Kesihatan

KOTA SAMARAHAN: Kota Samarahan terus diperkasakan sebagai Metropolis Kesihatan menerusi pembangunan bersepadu yang menggabungkan pendidikan, penyelidikan, perkhidmatan kesihatan dan industri berteknologi tinggi. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian berkata, Samarahan kini bukan lagi sekadar hab pendidikan, sebaliknya sedang berkembang sebagai pusat pembangunan berasaskan kesihatan dengan kewujudan pelbagai institusi utama. “Antara aset […]