Warga pendidik pacu kecemerlangan SK Batang Lassa

SIBU: Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Lassa di Daro bakal memiliki bangunan sekolah baharu.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata ini bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid di kawasan tersebut.

“Justeru, saya merakamkan penghargaan kepada warga pendidik SK Batang Lassa atas dedikasi mereka memacu kecemerlangan pendidikan di kawasan Batang Lassa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Santapan Kasih dan Penghargaan SK Batang Lassa di RH Hotel, di sini, malam tadi.

Majlis bertemakan ‘hitam putih’ itu bertujuan menghargai jasa dan sumbangan guru serta kakitangan sekolah terbabit yang sentiasa berusaha membina generasi masa depan negara.

Hadir sama Guru Besar SK Batang Lassa, Maling Encharang, dan YDP PIBG SK Batang Lassa, TR Manggie Chochok.