5,000 peserta perarakan Maulidur Rasul Lawas

LAWAS: Lebih 5,000 orang menyertai perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Lawas, di sini, hari ini.

Mereka terdiri daripada masyarakat Islam dan bukan beragama Islam menyertai perarakan yang bermula dari Dataran Padang Central hingga ke Taman Awam Lawas.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyertai turut sama menyertai perarakan tersebut.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian anugerah tokoh usahawan dan kepimpinan dalam organisasi peringkat daerah Lawas.

Awang Tengah dalam ucapannya berkata, amalan hidup sekampung dengan saling menghormati perlu disemarakkan bagi memelihara perpaduan di Sarawak.

Katanya, kekuatan dan teladan Nabi Muhammad SAW perlu dijadikan contoh ke arah membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatupadu.

“Daerah Lawas khususnya sudah lama mengamalkan “Hidup Sekampung,” katanya.