KUCHING: Sebanyak 64 lot tanah dengan jumlah keluasan 62.9 hektar atau 155 ekar milik Federal Lands Commissioner (FLC) yang tidak dibangun diserah balik kepada Kerajaan Sarawak setakat ini.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, kesemua tanah tersebut telah didaftarkan sebagai tanah kerajaan pada 1 April 2024 dan 14 November 2025.
“Dari segi perancangan, lerajaan akan memastikan tanah tersebut diguna untuk pembangunan yang selaras dengan keperluan semasa di kawasan terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.
Len Talif berkata, antara faktor-faktor yang menyebabkan tanah milik FLC tidak dibangunkan adalah tiada dana atau peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan atas tanah dan terdapat tanah lain telah dibangunkan untuk tujuan sama di sekitar lokasi tersebut.
“Satu bidang tanah yang terletak di dalam kawasan DUN Bukit Semuja iaitu Lot 877 Block 9 Melikin Land District,” tambahnya.
Mrnurutnya, tanah terbabit telah diberi milik kepada FLC pada 28 Februari 1974 bagi kegunaan klinik kesihatan.
