Penerima bantuan kebajikan nikmati manfaat Sejambak Kasih

KUCHING: Kerajaan Sarawak melaksanakan program Sejambak Kasih membabitkan peruntukan sebanyak RM2.46 juta setakat April lalu.

Program itu dilaksanakan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dengan penerima bantuan kebajikan menerima RM100 bagi meraikan perayaan utama di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata antaranya Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Gawai Dayak, Deepavali dan Krismas.

“Laporan rasmi Mei lalu, merekodkan seramai 23,037
penerima bantuan kebajikan bulanan mendapat manfaat daripada program Sejambak Kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, di sini, hari ini.

Fatimah berkata, pihaknya berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban penerima bantuan kebajikan bulanan.

“Kepada komuniti India, saya menyampaikan bahawa warisan anda merupakan sebahagian daripada warisan Sarawak,” tambahnya.

Beliau berkata, pencapaian komuniti itu merupakan sebahagian pencapaian Sarawak dan aspirasi mereka untuk anak-anak dikongsikan bersama sebagai rakyat Sarawak.