KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Digital Village menerima kunjungan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sentebu dan SK Mandor Aris dari Sarikei, di sini, hari ini.
Rombongan seramai 30 murid dan sembilan guru dari SK Sungai Sentebu dan 26 murid serta tujuh guru dari SK Mandor Aris.
Fokus lawatan adalah
mendedahkan murid pengalaman hands-on melalui Flight Simulator, Realiti Maya (VR), robotik mTiny, serta teknologi interaktif Nex Playground dan PlayStation 5.
Ini untuk memupuk minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dan memperkenalkan potensi kerjaya Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Harapan TEGAS ialah memastikan murid luar bandar mendapat akses kepada teknologi terkini demi membina keyakinan dan daya saing pada masa hadapan.
Dalam perkembangan sama, kedua-dua sekolah berkenaan turut dirai pada Majlis Makan Malam secara sederahana yang di taja Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang.
