LUNDU: Seramai 19 penerima menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata watikah tersebut sebagai pelantikan sambungan dan baharu sebagai KMKK.
“Seramai lima lagi menerima sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih atas khidmat bakti mereka,” katanya
Beliau berkata demikian ketika Majlis Apresiasi bersama ADUN Tanjong Datu sempena Kursus Pemantapan Kepimpinan KMKK Daerah Lundu 2026 di Majlis Daerah Lundu, di sini, semalam.
Azizul berkata, program ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap struktur pentadbiran unik negeri ini yang diterajui oleh Residen serta pengurusan adat yang diketuai oleh Temenggong.
