Mohamad Abdul Qayyum pengerusi baharu Saberkas Cawangan N6 Tupong

KUCHING: Pengerusi baharu Saberkas Cawangan N6 Tupong, Mohamad Abdul Qayyum Mohd Abdul Rahman memimpin pertubuhan berkenaan, bagi sesi 2026-2029.

Beliau dibantu Naib Pengerusi Satu, Ahmad Budiyaman Fauzi, Mohamad Harith Leman Sulhie
(Naib Pengerusi Dua), Amat Sapuani Rusli (Setiausaha), Saiful Bin Dollah (Penolong Setiausaha Satu), Mohd Atharmizi Morshidi (Penolong Setiausaha Dua), Zulaikha Ibrahim (Bendahari).

Ahli Jawatankuasa (AJK) dipilih terdiri daripada Azreen Abdul Rahim, Muhammad Eizlan Fadhi Madhi, Jeremy Aaron Anak Leo, Siti Norziah Tokijan, Izzul Islam Sazali dan Ahmad Afiq Adzly Rosli.

Pemilihan itu berlangsung semasa Mesyuarat Agung Tritahunan Saberkas cawangan tersebut yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman di sini, baru-baru ini.