Persatuan wanita kukuhkan pembangunan komuniti luar bandar

ROBAN: Penubuhan Persatuan Wanita Sungai Engkabang Tengah Roban dilihat sebagai langkah memperkasakan wanita luar bandar serta menyokong pembangunan komuniti rumah panjang .

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, penglibatan wanita dalam persatuan berdaftar membuka peluang untuk menimba kemahiran baharu dan meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persatuan Wanita Sungai Engkabang Tengah Roban sempena Program Rumah Terbuka Gawai Dayak di Rumah Cessus Clay Sungai Engkabang Tengah, semalam.

Menurutnya, persatuan wanita juga membantu melaksanakan dasar kerajaan, khususnya berkaitan kebajikan keluarga, pendidikan dan pembangunan modal insan.

Sehubungan itu, beliau berharap jawatankuasa berkenaan merancang pelbagai aktiviti untuk dimanfaat kepada masyarakat.