Budayakan inovasi, kreativiti dalam perkhidmatan

KUCHING: Kakitangan awam hendaklah meneruskan usaha untuk membudayakan inovasi dan kreativiti dalam organisasi masing-masing, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Pembangunan Bandar ll berkata, setiap usaha yang dilakukan merupakan sumbangan penting ke arah memperkukuhkan mutu penyampaian perkhidmatan awam dan merealisasikan aspirasi pembangunan Sarawak yang lebih maju, inklusif dan sejahtera.

Inovasi dan kreativiti harus dijadikan sebahagian daripada budaya organisasi masing-masing, katanya pada majlis penutupan Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Tahun 2026 di sini, malam tadi.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.
Beliau menegaskan, organisasi yang membudayakan inovasi akan lebih berdaya tahan, beradaptasi dan berada dalam kedudukan berkesan berhadapan dengan cabaran sambil terus membaiki prestasi dan penyampaian perkhidmatan.

Antara kejayaan penyertaan KIK yang telah diadaptasi untuk kegunaan dan penyampaian perkhidmatan adalah seperti sistem eSPA, Pendaftaran Pada Hari Sama yang diiktiraf oleh ISO, katanya.

Yang lain, tambah beliau, ialah beberapa penciptaan seperti Sistem Pemantauan Penyukatan Pengambilan Tanah (MOSSLA) yang mewakili Sarawak dalam Konvensyen Kawalan Mutu Antarabangsa (ICQCC).

Awang Tengah berkata, yang boleh dinyatakan sebagai satu lagi pencapaian KIK ialah SaraPeg, hasil inovasi Jabatan Tanah dan Survei (JTS) yang menjadi inovasi pertama mencapai kawalan mutu KIK.

Selain sumber semula jadi, katanya, pengurusan sumber kewangan, aset kerajaan, peralatan serta kemudahan pejabat juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Pengurusan yang cekap dan berhemah dalam aspek-aspek ini akan memberikan impak yang besar kepada keberkesanan pentadbiran serta mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan, tegas beliau.

Konvensyen KIK Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Tahun 2026 yang diadakan buat kali keempat ini merupakan platform yang amat penting dalam memperkukuhkan budaya inovasi dan kreativiti dalam Perkhidmatan Awam Sarawak, katanya.

“Melalui penglibatan aktif kumpulan-kumpulan KIK, kita dapat melahirkan idea, pendekatan serta penyelesaian yang mampu meningkatkan produktiviti, memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan kompetensi penjawat awam agar sentiasa relevan dalam persekitaran yang sentiasa berubah,” tambahnya.