DBKU guna teknologi angkasa, mantapkan tadbir urus bandar

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

MoU tersebut bagi memperkukuhkan penggunaan teknologi angkasa dalam tadbir urus bandar yang ditandatangani Pengarah DBKU Ramzi Abdillah dan Ketua Pengarah MYSA, Dato’ Gs. Azlikamil Napiah.

Majlis tersebut disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek bagi Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Dato Hilmy Othman, Datuk Bandar Kuching Utara.

Dengan kerjasama ini, DBKU dapat memanfaatkan teknologi penderiaan jauh, GIS, GPS, ICT serta imej satelit hampir masa nyata.

Ini bagi mempertingkatkan perancangan, pemantauan dan penguatkuasaan bandar secara lebih tepat, pantas dan berkesan.