LIMBANG: Program promosi khas melawat Limbang melalui aplikasi TikTok dicadangkan untuk merangkumi kawasan Lumpur Bebuak di sini.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata program promosi selama tiga hari itu membabitkan Tebingan Limbang dan jambatan terpanjang di Asia Tenggara di Brunei, iaitu Limbang-Brunei.
“Mungkin, promosi sama boleh dilakukan di Lumpur bebuak ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Penangguhan Pesta Lumpur Bebuak 2026 di Kampung Meritam, di sini, semalam.
Dr Abdul Rahman berkata, langkah itu dalam usaha menarik pengunjung menikmati keindahan alam di kawasan itu.
Selain itu, mampu mempromosikan bandar Limbang sebagai satu destinasi pilihan untuk bercuti.
Selain itu, beliau berkata setakat ini sekitar 17 program utama dilaksanakan Jawatankuasa Perayaan Utama Daerah Limbang untuk menarik pengunjung dan pelancongan ke Limbang.
Antaranya Pesta Babulang, Badudun dan Lumba Kerbau, Makan Tahun Kedayan, Nuba Laya, Tarik Tali Kebangsaan dan Pesta Limbang.
