KUCHING: Kontinjen Sarawak menampilkan gabungan bakat baharu dengan atlet sedia ada semasa Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata persiapan pasukan dilakukan lebih setahun termasuk mengenal pasti bakat baharu terbabit.
“Pengurus dan jurulatih mengenal pasti bakat baharu serta menggabungkannya dengan atlet sedia ada bagi membentuk pasukan yang akan mewakili Sarawak,” katanya.
Seramai 383 anggota kontinjen Sarawak terdiri daripada 172 atlet, 126 pegawai dan 85 pegawai sokongan akan menyertai Para SUKMA Selangor 2026.
Selain itu, Fatimah mahu setiap atlet perlu menetapkan sasaran untuk meningkatkan pencapaian masing-masing sebagai satu bentuk kejayaan di pentas Para SUKMA.
“Yang pasti ialah setiap orang dapat memperbaiki sasarannya, rekodnya,” jelasnya.
Beliau turut mengingatkan atlet supaya memastikan kesiapsiagaan fizikal, mental dan emosi berada pada tahap terbaik sepanjang kejohanan, selain menjaga pemakanan serta kesihatan sebelum pertandingan.
