Helikopter BO-105 terhempas berhampiran STOLport Long Lellang

KUCHING: Sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Berlepas dan Mendarat Pendek (STOLport) Long Lellang, di Miri petang tadi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataannya memberitahu, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.

CAAM memberitahu, helikopter berkenaan sedang mengendalikan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara dengan membawa lima individu termasuk juruterbang.

“Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian ini mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” jelas kenyataan itu.