KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Kesyukuran Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Sarawak Tahun 2026 di Masjid Jamek Petra Jaya, di sini, malam tadi.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir sama.
Majlis dimulakan dengan solat fardu Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Yasin, zikir Marhaban bersama Gabungan Kumpulan Zikir Guru Al-Quran MIS serta doa kesyukuran yang dipimpin
Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Majlis diteruskan dengan solat fardu Isyak berjemaah.
Majlis Kesyukuran itu antara pengisian penting menjelang sambutan Hari Malaysia yang berlangsung esok di Pusat Borneo Konvensyen Kuching (BCCK).
