31 penerima APC, 13 pesaraPUSAKA dirai

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) meraikan 31 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 serta 13 pesara sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan kepada organisasi.

Pengurus Besar PUSAKA, Datu Zainal Abidin Abdullah berkata, pengiktirafan itu mencerminkan komitmen, integriti dan dedikasi warga kerja dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Kita turut meraikan dua penerima Khidmat Setia 30 Tahun dan 14 penerima Khidmat Setia 20 Tahun,”katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan aluan pada majlis makan malam sempena APC 2025 dan Penyampaian Hadiah Penerima Khidmat Setia PUSAKA, di Hotel Riverside Majestic, di Kuching, malam ini.

Majlis penyampaian APC disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata PUSAKA terus memberi tumpuan kepada pembangunan industri perkayuan dan buluh Sarawak melalui kerjasama strategik dengan pemain industri.

Katanya, usaha itu bertujuan meningkatkan daya saing, menghasilkan produk bernilai tambah serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada usahawan dan komuniti tempatan. – NORAIDA ABDUL KASSIM / JIWA BAKTI