KUCHING: Projek pembinaan 20 unit Rumah Spektra Permata (RSP) telah siap di tiga Skim Pembesaran Kampung (SPK) di Jalan Pasir Pandak, di sini.
SPK terbabit ialah Kampung Salak, Kampung Pasir Pandak dan Kampung Pasir Panjang.
Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata unit terbabit sepenuhnya dibina melalui Industrialised Building System (IBS) oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC).
“Setiap unit rumah dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur, ruang makan dan ruang tamu,” katanya dalam laman sesawang facebook.
Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja
ke Projek RSP di SPK Kampung Salak, Kampung Pasir Pandak dan Kampung Pasir Panjang di Jalan Pasir Pandak, di sini.
Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman berterima kasih kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang membiayai sepenuhnya projek perumahan ini dan tahniah kepada HDC selaku agensi pelaksana.
Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pengerusi HDC, Dr. Yakub Arbi dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Fathi Hambali.
