Lawas Kitchen, Laman Usahawan sempena Pesta Lawas 2026

LAWAS: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) mengadakan Lawas Kitchen dan Laman Usahawan sempena Pesta Lawas 2026 di Dataran Tebingan Sungai Lawas, di sini mulai 5 hingga 8 November ini.

Majlis prapelancaran Lawas Kitchen bagi menyediakan platform kepada 30 usahawan tempatan mengetengahkan produk, meluaskan pasaran, meningkatkan pendapatan.

Selain itu, mempromosikan keunikan cita rasa dan warisan kulinari masyarakat Lawas.

Majlis disempurnakan oleh Penasihat PMKS MINTRED Dato Sri Mohd Naroden Majais.

Laman Usahawan pula ialah platform perkongsian maklumat dan khidmat sokongan yang menghubungkan usahawan dengan agensi pembangunan perniagaan dengan pengisian utamanya ialah pengenalan inisiatif MINTRED iaitu ENBASE (Ekosistem Perniagaan Keusahawanan Sarawak).

Platform itu juga menampilkan penyertaan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Agrobank dan TEKUN Nasional.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap MINTRED; Datu Lester Matthew, Timbalan Setiausaha Tetap MINTRED; Lo Sheau Sia, Ketua Bahagian Pembangunan Usahawan MINTRED; Zarifhadi Bujang.