LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak ke-13 pada 12 Disember ini.
Beliau yang juga Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB berkata, semua jentera telah mula bergerak dan momentum ini akan terus meningkat seiring dengan masa kempen pilihan raya kelak.
“Ya … kita Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah bersedia.
“Kita berharap proses pilihan raya berjalan dengan lancar, selamat dan harmoni,” katanya ketika diminta mengulas berhubung pengumuman
PRU DUN Sarawak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menyempurnakan prapelancaran Jambatan Bandar Lawas di sini, hari ini.
Beliau sehubungan itu, berharap rakyat di negeri ini menerima maklumat sahih dan mengelak daripada menimbulkan sebarang isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.
SPR menetapkan 28 November 2026 sebagai hari penamaan calon dan 12 Disember hari mengundi.
