LARIAN BATON SUKMA … Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di pekarangan Tebingan Sungai Kuching bagi merasmikan Program Larian Baton untuk mempromosi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024, pada pagi ini.
Sebelum itu, pelepasan peserta larian sejauh 4.1 kilometer (km) itu dilakukan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah pada jam 7 pagi.
Turut serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024 Datu Hii Chang Kee serta tetamu kenamaan lain.
