KUCHING: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenaan menghadiri majlis santapan tengahari bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, di Hotel Hilton, di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda dan Tengku Permaisuri, Hajah Norashikin di sambut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar.
Majlis santapan tengahari baginda bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi itu turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.
Hadir hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian dan isteri, Datin Sri Prof. Enn Ong.
Sultan Sharafuddin dan Tuanku Norashikin yang dalam rangka lawatan rasmi ke Kuching sejak 28 Jun lalu dijangka berangkat pulang ke ibu negara selesai majlis.
GAMBAR:JAPEN