LUNDU: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah hari ini menyerahkan sumbangan kepada waris mangsa perahu karam di Sungai Kayan 20 Ogos lalu.
Sumbangan yang diserahkan kepada keluarga mangsa terbabit berupa bekalan makanan asas,
pakaian, bakul makanan daripada Petronas serta keperluan lain.
Waris mangsa perahu karam yang menerima sumbangan itu masing-masing keluarga Mutiar, Petrus dan William.
Terdahulu pada 23 Ogos lalu, keluarga mangsa terbabit turut menerima sumbangan daripada Tabung Bantuan Segera (TBS) RM300 seorang dan intervensi dan sokongan psikologi (IKSP).
Bantuan sokongan IKSP dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak diadakan pada 20 dan 21 Ogos lalu di pangkalan jeti Kampung Selampit, 23 Ogos di kawasan perkuburan dan 29 Ogos di Dewan Aseng, Kampung Bitokan.
Dalam kejadian pada awal pagi 20 Ogos lalu, perahu yang dinaiki mangsa karam di Sungai Kayan berdekatan Kampung Selampit.
Mangsa menaiki perahu menyerebangi sungai terbabit untuk ke sekolah.