Abdul Rahman, Sharifah Hasidah dahului penerima Pingat Peringatan Jubli Intan

KUCHING: Seramai 66 penerima menerima Pingat Peringatan Jubli Intan sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka pada istiadat pengurniaan yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini.

Penganugerahan tersebut disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan turut diiringi isteri, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud.

Daripada jumlah penerima, dua penerima mendahului senarai utama untuk Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) iaitu Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Komersial Dato Sri Mortadza Nazarene mengetuai senarai penerima Pingat Peringatan Bakti Jubli Intan (Perak).

Beliau diikuti oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datu Felicia Tan Ya Hua, Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak Datu Ronnie Edward, Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak Datu Johnathan Lugoh, Pengerusi Zecon Datu Hamzah Drahman serta beberapa penerima lain.

Antaranya Datu Wan Alwi Dato’ Sri Wan Hashim, Datu Kameri Affandi, Datu Maria Hasman, Datu Sulaiman Husaini, Dato’ Anthony Nogeh Gumbek, Dato Dr Zaiedi Suhaili, Dato Norhyati Mohd Ismail, Dato Sulaiman Narawi, Dato Abang Shamshudin Abang Seruji, ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon, Liew Jiu Ming, Robert Menua Saleh, Semawi Mohamad dan Bibiana Ng Pei Chin.

Bagi Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Gangsa), seramai 45 penerima disenaraikan iaitu Dato’ Sri Syed Hamzah Syed Paie diikuti oleh Datu Hasmawati Sapawi, Datu Jack Liam, Dato Georgina Apphia Ngau, Samat Junai serta penerima lain.

Majlis tersebut turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Henry Harry Jinep, serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik.