Tiang bendera tertinggi di Malaysia dilancar sambutan ambang tahun baharu

KUCHING: Acara sambutan ambang tahun baharu 2024 peringkat negeri Sarawak akan diadakan pada malam 31 Disember ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sambutan itu akan diadakan di Tebingan Kuching di sini.

“Saya berharap cuaca pada malam itu nanti akan memihak kepada kita untuk kita bersama-sama meraikan hari sambutan tahun baharu 2024,”katanya ketika dtemui pemberita selepas perasmian Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali Saberkas di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, acara terbabit akan dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api dan juga pelancaran tiang bendera tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

Difahamkan projek tiang bendera setinggi 99 meter yang bernilai RM30 juta dan dibiayai swasta hampir siap pembinaannya.

Manakala, bendera Sarawak berukuran 25 meter panjang dan 12.5 meter lebar mula dikibarkan di tiang itu pada 17 Jun lalu.