Sarawak Connects Fair terokai potensi kolaborasi Sarawak, Indonesia

BALIKPAPAN: Kerjasama merentas sempadan di antara Sarawak dan Kalimantan Timur diperkukuhkan menerusi Sarawak Connects Fair.

Pesta tersebut yang dirasmikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghimpunkan wakil-wakil kerajaan, pemain industri serta pelbagai pihak berkepentingan dari Sarawak dan Indonesia untuk menerokai potensi kolaborasi serantau.

“Ia juga mencerminkan sokongan Sarawak terhadap aspirasi pembangunan Nusantara sebagai ibu kota baharu Indonesia,” katanya.

Selari dengan hala tuju Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030), pameran ini memberi penekanan kepada kolaborasi dalam bidang kesihatan dan pelancongan perubatan.

Selain itu ialah perkongsian pendidikan dan pembangunan pembelajaran digital merentas Borneo serta perancangan bandar berkonsepkan hijau, modular dan berdaya tahan.

Kerajaan Sarawak turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Kalimantan Timur dan rakan-rakan dari Indonesia atas sokongan dalam merealisasikan kejayaan acara ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri, Kementerian Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Sarawak,Datuk Ripin Lamat, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan), Dato Sri Muhammad Abdullah Zaidel, Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datu Lester Matthew, Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkornain Masron, Asisten Perekonomian dan Pembangunan Bapak Insinyur Ujang Rachmad, Deputi Bidang Pendanaan dan Investasi, Otorita Ibu Kota Nusantara (OIKN), Bapak Sudiro Roi Santoso, Wakil Ketua Umum KADIN, Dr Andi Muhammad Yuslim Pattawari.