LAWAS: Kerajaan Sarawak melalui pelbagai agensi kerajaan sentiasa turun padang menyantuni rakyat untuk melihat keperluan rakyat khusuanya di pedalaman.
Justeru, rakyat juga perlu berkongsi maklumat dan masalah terutama dari segi kebajikan.
Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agon mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Rosey Yunus mahu rakyat menyambut baik usaha kerajaan.
“Menyantuni rakyat…ya kerajaan datang melalui berbagai agensi untuk berkongsi dengan rakyat dari segi perancangan dan sebagainya.
Beliau berkata demikian semasa perasmian Progran Outreach Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang di Dewan Masyarakat Long Tuan Ulu Trusan semalam.
Sehubungan itu, Henry Sum mahu masyarakat di pedalam seperti Long Tuan dan kawasan paling Ulu Trusan di Long Tengoa untuk bersama dengan kerajaan dalam menyebarkan maklumat berhubung berbagai program di bawah JKM Sarawak.
Ini bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam mendapat bantuan.
