KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil langkah berwaspada susulan ancaman terhadap fasiliti LNG atau gas asli cecair di Bintulu.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak akan bekerjasama denga polis dan juga agensi keselamatan untuk meningkatkan langkah keselamatan.
“Kerajaan akan meningkatkan keselamatan sekuriti termasuk pangkalan tentera laut, batalion baharu tentera serta pihak polis untuk mengawal keselamatan di Bintulu.
“Kawasan ini merupakan hab industri untuk Malaysia termasuk di Zon Industri Sama Jaya namun tempat Sama Jaya dekat dengan Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Kerja-Kerja Mengecat Kompleks Perumahan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Tabuan Jaya dan Penyerahan Kenderaan Pacuan Empat Roda Kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak di komplek tersebut hari ini.
Premier Sarawak bagaimanapun menyifatkan ancaman tersebut sekadar spekulasi atau fitnah yang belum disahkan kebenarannya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail ketika ditemui berkata, PDRM Kontinjen Sarawak telah dikerahkan untuk lindungi aset fasiliti LNG di Bintulu.
Tambahnya, siasatan terhadap ancaman tersebut masih dijalankan dengan kerjasama pihak negara jiran.
“Kita bekerjasama dengan polis Indonesia serta pihak polis negara jiran lain berdasarkan pendaftaran nombor telefon tersebut yang dalam siasatan,” katanya.
