Author: Jiwa Bakti

SJK Chung Hua Roban dapat peruntukan RM12,000, laksana aktiviti

ROBAN: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Roban menerima peruntukan sebanyak RM12,000 bagi melaksanakan aktiviti tahunan sekolah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir mengumumkan peruntukan terbabit sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan dan kebudayaan. “Ini selaras dengan komitmen kerajaan negeri membantu sekolah jenis kebangsaan di seluruh Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian […]

JKMS salurkan bantuan bulanan RM224.8 juta sejak Januari – September

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menyalurkan bantuan bulanan berjumlah RM224,008,150 di seluruh Sarawak dari Januari hingga September 2025. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini membabitkan seramai 57,001 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak. “Bagi Januari sehingga September, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Kuching menyalurkan perbelanjaan sebanyak […]

RUU Sewa Beli: Pemantauan berterusan lindungi pengguna – Rodiyah

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) berharap pelaksanaan Rang Undang-undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 disertai penguatkuasaan yang teliti dan pemantauan berterusan agar matlamat asalnya tercapai. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, pemantauan itu untuk melindungi pengguna, memperkukuh keadilan kontrak, meningkatkan ketelusan pasaran dan menjamin keterangkuman digital di seluruh negara termasuk […]

Jalan akses baharu hubungkan Klinik Kesihatan Kampung Tuie ke jalan utama akan dibina

PUSA: Jalan akses baharu untuk menghubungkan Klinik Kesihatan Kampung Tuie, Pusa terus ke jalan utama akan dibina bagi memudahkan pergerakan penduduk berurusan di klinik tersebut. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, klinik yang dibina kira-kira 26 tahun lalu kini berdepan cabaran dari segi laluan masuk berikutan perubahan sistem pengangkutan utama […]

Transformasi tingkatkan daya saing, GLC kunci pertumbuhan ekonomi Sarawak

KUCHING: Agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus beroperasi seperti entiti komersial dengan menggunakan teknologi terkini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu penting untuk meningkatkan produktiviti dan memberi pulangan kepada negeri. Sehubungan itu katanya, kerajaan bersedia melakukan transformasi menyeluruh terhadap peranan sektor awam dan GLC demi memacu […]

IDECS: Empat penceramah terkemuka dunia kongsi kepakaran AI

KUCHING: Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2025 (IDECS 2025) yang bakal berlangsung di sini, menyaksikan pembaharuan dengan menampilkan nama-nama terkemuka dalam menyumbang kepakaran mereka dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan inovasi digital. Persidangan tersebut akan diadakan mulai 22 dan 23 Oktober ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, penulis buku ‘Our Final […]

Teknologi moden bantu Sarawak sebagai hab inovasi serantau

KUCHING: Penggunaan data, analitik dan teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi pemacu utama dalam pembangunan ekonomi digital Sarawak. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak berpotensi muncul sebagai hab inovasi serantau sekiranya teknologi moden dimanfaatkan sepenuhnya oleh sektor industri dan penyelidikan tempatan. “Apabila kita mahu bergerak ke hadapan dalam ekonomi moden, […]

Rumah panjang DUN Kalaka bakal nikmati lampu solar

SARATOK: Penduduk di beberapa rumah panjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka bakal menikmati kemudahan pencahayaan lebih baik apabila projek pemasangan lampu berkuasa solar dilaksanakan di empat zon utama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat. […]

Projek pembangunan semula SK Haji Junid Gerigat sudah siap, kemudahan lebih selesa

KABONG: Projek pembangunan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Junid Gerigat di sini, sudah disiap dan diserahkan pada hari ini. Projek ini sebahagian daripada cadangan menyiapkan baki kerja untuk pembangunan semula sekolah daif di Sarawak. Projek itu membabitkan peruntukan RM1 bilion fasa satu dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak. Majlis penyerahan rasmi projek tersebut disempurnakan oleh […]