Author: Jiwa Bakti

Perpaduan, kesetiaan rakyat bantu ubah Sarawak ke arah progresif, makmur

KUCHING: Amalan ziarah menziarahi rumah terbuka semasa perayaan Hari Raya perlu diteruskan bagi merapatkan silaturahim. Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perayaan itu adalah masa yang sesuai untuk menjalin hubungan baik tanpa mengira bangsa dan agama sekali gus mengukuhkan perpaduan dalam membangun Sarawak. “Perpaduan, keharmonian dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi banyak membantu […]

Pendidikan percuma untuk kesejahteraan rakyat

KUCHING: Usaha Kerajaan Sarawak menyediakan pendidikan percuma di semua institut pendidikan tinggi awam (IPTA) negeri menjelang 2026 amat dialukan. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau amat mengalu-alukan kepimpinan Premier Sarawak menyediakan pendidikan percuma. Katanya, langkah Kerajaan Sarawak memberikan tumpuan dalam memperkasakan bidang pendidikan adalah sesuatu yang tepat […]

Masyarakat diajak kekal bersatu padu, elak perpecahan

KUCHING: Masyarakat Sarawak dinasihat agar tidak terpengaruh tindak-tanduk masyarakat di tempat lain yang cenderung melihat perbezaan agama dan keturunan. “Begitu cenderung melihat perbezaan daripada unsur-unsur penyatuan berkaitan isu-isu yang berkisar tentang agama dan keturunan hampir setiap hari,” kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam Perutusan Hari Raya 2024. Sebaliknya, Abang […]

Program Ngunting Rambut Pake Raya DUN Lingga

SIMANGGANG: Dianggarkan lebih 800 orang penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga hadir Program Ngunting Rambut Pake Raya’ di Mini Stadium Sri Aman, di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menganjurkan pogram gunting rambut percuma yang bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang. “Program kedua kalinya ini merupakan […]

Premier Sarawak, isteri santuni kanak-kanak Pusat Jagaan Nur Murni

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang meneruskan jelajah minggu terakhir Ramadan dengan menyantuni kanak-kanak asnaf dari Pusat Jagaan Nur Murni, hari ini. Majlis tersebut anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS). Premier bersama-sama isteri menyampaikan […]

Premier Sarawak serikan Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Perdana MIS

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam di Dewan Kompleks Islam, di Kuching malam tadi. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang. Hadir sama […]

Usaha RECODA perangi rasuah diiktiraf

KUCHING: Inisiatif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) memulakan projek rintis Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001 sebagai usaha memerangi rasuah mendapat pengiktirafan. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pengiktirafan ini memberi kepercayaan kepada pelabur luar dan rakyat terhadap integriti dan perjalanan tadbir urus berprinsip agensi kerajaan. Katanya, […]

Hanifah hulur sumbangan mangsa kebakaran Kampung Penakub Hilir

MUKAH: Dua keluarga mangsa kebakaran rumah di Kampung Penakub Hilir menerima sumbangan bantuan keseluruhannya berjumlah RM20,000, di sini, hari ini. Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib menghulurkan sumbangan kepada keluarga Hasiah Dolah yang rumah mereka 100 peratus terbakar. Sementara keluarga Hamsah Dollah rumah mereka sekitar 10 peratus terbakar. Sumbangan berupa wang tunai, dan barang […]

20 anggota terima Wira Anggota Bomba

KUCHING: Masyarakat harus mengambil inisiatif mempelajari teknik pencegahan kebakaran terutamanya langkah awal apabila berlakunya kebakaran, gesa Timbalan Premier Sarawak. Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, antara teknik pencegahan kebakaran itu ialah apa yang harus dilakukan terlebih dahulu. “Setiap masyarakat bertanggungjawab meningkatkan kesedaran pencegahan kebakaran di kawasan kediaman sebagai usaha mengurangkan risiko tidak diingini,” katanya […]