UiTM Cawangan Sarawak anjur Karnival Kanak-kanak STEAM

KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak akan menganjurkan Karnival Kanak-kanak STEAM di pusat beli belah tHe Spring, di sini mulai 18 hingga 21 September ini.

Menurut kenyataan universiti itu, acara menarik cuti sekolah dianjurkan dengan kerjasama tHe Spring ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak terlibat konsep sains, teknologi, kejuruteraan, seni, dan matematik (STEAM) secara interaktif dan menyeronokkan.

Antaranya pertandingan mewarna Little Scientist, pertandingan ejaan, pertandingan bercerita, pertandingan rumah kucing DIY – Paws & Boxes, ceramah kesedaran kelestarian serta pameran dan sesi demonstrasi pelbagai projek sains dan teknologi.

“Acara ini terbuka kepada orang ramai dan semua keluarga dijemput untuk turut serta dalam keriangan,”menurut UiTM Cawangan Sarawak.

Maklumat lanjut karnival boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang the Spring https://thespring.online/workshops/STEAMKIDSCARNIVAL.