KUCHING: Siri dialog Persatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak (SWWS) diharap dapat memberi input masa sesuai bagi pemuda dan wanita dalam kalangan masyarakat untuk berkahwin.
Dialog itu diadakan bersama pemimpin masyarakat, wanita dan belia pribumi Sarawak.
Dalam satu kenyataan hari ini, SWWS berkata, siri dialog itu akan diadakan di Sri Aman, Kapit, Miri, Long Lama dan Lawas tahun ini dan tahun hadapan.
Mengikut tradisi masyarakat pribumi di negeri ini tiada rekod mengenai usia sesuai bagi pemuda dan wanitanya untuk berkahwin, kata persatuan itu selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah di sini.
Justeru, SWWS menegaskan, tidak menghairankan apabila adat istiadat masyarakat pribumi yang berlainan tidak menetapkan usia khusus bagi golongan mudanya untuk berkahwin.
Kebiasaannya golongan muda masyarakat pribumi itu dibenarkan berkahwin atas restu ibu bapa masing-masing, kata SWWS dan menambah, keadaan itu menyebabkan SWWS menimbang untuk menaikkan usia berkahwin mengikut undang-undang sivil kepada 18 tahun.
Undang-undang sivil sahaja membolehkan sistem berkaitan sah di Sarawak, kata SWWS.
Dengan kerjasama pemimpin masyarakat utama, SWWS akan mengumpul laporan mengenai pandangan semasa dalam kalangan pelbagai masyarakat pribumi berkaitan usia layak berkahwin dan memahami isu itu dan mencari jalan penyelesaian.
Bengkel dan rundingan meja bulat bersama dengan masyarakagt Bidayuh akan diadakan bulan hadapan dan disusuli dialog seterusnya, kata SWWS.
Program itu dibiayai oleh Tabung Kanada untuk inisiatif dalam negeri dan laporannya akan dibentang dan dikeluarkan pada awal 2026.
