Sekitar hari pertama Bengkel Asas Kayak 2023 Peringkat Sri Aman Anjuran Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dengan kerjasama Persatuan Kenu Sarawak diadakan di kawasan sungai Kampung Hulu Sri Aman.

Selesai sesi teori, program diteruskan dengan sesi praktikal di Sungai bagi memberi peluang kepada peserta merasai sendiri berkayak di sungai. Hadir sama menyaksikan aktiviti hari ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Sarawak Sports Corporation merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan. Program berlangsung selama dua hari iaitu hari ini dan esok.

