KUCHING: Atlet paralympik Sarawak yang mewakili Malaysia menunjukkan pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Boling Asia Timur Paralympik 2026 di Hong Kong.
Atlet berkenaan merangkul masing-masing tiga pingat emas dan perak serta satu gangsa.
Pertandingan yang diadakan dari 4 hingga 7 September idi Pusat Boling Tenpin Top Bowl, Taman Sukan Kai Tak, Hong Kong itu disertai pemain boling terkemuka Dario Hong Kong, China, Macau, Taiwan, Singapura, India, Jerman dan Malaysia.
Kontinjen Sarawak diketuai Datin Dayang Mariam Abang Zain yang juga Ketua Delegasi Malaysia disertai lima atlet diketuai jurulatih Shirley Chen.
Atelt Sarawak ialah Siti Hamidah Sabri, Vanessa Nisha Siok, Nelson Donny Sunny, Mohamad Najib Salmi dan Mohamad Rizuan Madzi, yang bertanding sebagai pemain campuran.
Tiga pingat emas Sarawak itu diperoleh Vanessa Nisha Siok dalam acara perseorangan wanita, Nelson Donny Sunny (perseorangan lelaki) dan Nelson Donny dan Mohamad Najib Salmi (beregu lelaki).
Kontinjen Sarawak turut memenangi tiga pingat perak melalui Siti Hamidah Sabri dalam acara perseorangan wanita, Mohamad Najib (perseorangan lelaki) dan Mohamad Rizuan Madzi dan Siti Hamidah (acara campuran).
Kontinjen Sarawak turut meraih pingat gangsa dalam acara berpasukan.
Pencapaian atlet Sarawak itu mengharumkan nama Malaysia yang mengutip lima pingat emas, enam perak dan dua gangsa. Atlet dari Selangor menyumbang dua emas, tiga perak dan satu gangsa.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah yang mengucap tahniah kepada atlet Sarawak menegaskan akan memberi sokongan kepada mereka menyertai pertandingan di peringkat wilayah.
Beliau berkata, kejayaan itu bukan hanya untuk meraih pingat tetapi membina keyakinan, memupuk keterangkuman dan ketabahan.
