KUCHING: Orang ramai yang mahu menjalani pembedahan plastik dinasihati supaya mendapatkan khidmat daripada doktor atau pengamalan perubatan yang ditauliahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, amalan perubatan kecantikan dan pembedahan plastik di Malaysia berpandu kepada tiga prinsip iaitu tatacara, pengamal dan premis yang dikawalselia oleh KKM.
Jangan menjalani pembedahan dilakukan oleh doktor atau pengamal perubatan di bilik hotel atau kawasan kediaman, katanya ketika merasmikan trend Kemaskini Pembedahan Plastik Sarawak 2026 di sini hari ini.
Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, begitu juga dengan produk yang digunakan hendaklah didaftar dan dikawalselia daripada menggunakan produk yang murah.
Tatacara kecantikan yang tidak dilesenkan adalah berbahaya yang boleh menyebabkan perubahan fizikal secara tetap, katanya.
Beliau berkata, di Hospital Umum Sarawak (SGH) antara tahun 2021 dan 2025, Jabatan Pembedahan Plastik dan Mengubahsemula berjaya merawat 18 pesakit yang memerlukan rawatan hospital untuk komplikasi susulan daripada tatacara kecantikan dilakukan di pelbagai pusat.
Ini termasuk komplikasi daripada suntikan kulit muka, rinoplasti, payu daya dan pembedahan alismata, katanya dan menambah, meskipun jumlah keseluruhannya rendah tetapi terdapat kebimbangan sejak beberapa tahun lalu.
Lebih penting lagi, katanya, ramai daripada pesakit mengalami kecacatan fizikal berpanjang dan kurang yakin menjalani kehidupan.
Bagaimanapun, tambahnya, masih ramai pesakit tidak menyedari atau ragu untuk mendapat rawatan di hospital kerajaan yang mempunyai pasukan pembedah plastik terlatih bagi menanganikannya dan menyedia jagaan yang selamat.
