KUCHING: Kerajaan Sarawak mengukuhkan lagi penyelarasan melalui InvestSarawak dan menyiapkan Dasar Pelaburan Sarawak dengan peraturan lebih jelas untuk pelabur dan peniaga, kata Premier Sarawak.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain itu Sarawak juga berusaha mempercepatkan proses kelulusan yang dianggarkan.
“Ini secara langsung akan menangani risiko pelaksanaan dan mengenal pasti jurang kredibiliti dalam Program Forum Ekonomi dan Perniagaan ASEAN Sarawak 2026,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi dan Perniagaan ASEAN Sarawak 2026 di sini, hari ini.
Di samping itu, katanya, Sarawak turut mengimbangi dasar iklimnya dengan daya saing dalam ekonomi.
Sebagai contoh, beliau berkata, ketika Sarawak menyediakan kerangka pelaksanaan untuk memperkenalkan mekanisme levi karbon, pertimbangan menyeluruh dibuat terhadap kesan sosioekonomi dan daya saing industri bagi menyokong perniagaan dalam peralihan.
Abang Johari menegaskan, Sarawak kekal sebagai wilayah tempat destinas pelaburan disebabkan berhemah dalam fisikal, melaksanakan strategi tenaga yang berkeupayaan dengan realiti ekonomi global tidak teguh.
Menjelang tahun 2030, beliau berkata, keutamaan Sarawak adalah untuk menyampai hasil terhad yang secara langsung mengukuhkan daya saing dalam keadaan berbahagi dan modal ekonomi global.
Pada majlis itu, beliau turut berkongsi beberapa Strategi Peringkat Tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Sarawak.
Pertama, katanya, Sarawak akan mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih dengan memperluaskan tenaga diperbaharui dan memodenkan rancangan infrastruktur tenaga yang dianggap sebagai infrastruktur ekonomi dan bukan fungsi sokongan.
Untuk itu, Sarawak katanya, akan terus melabur dalam menjana tenaga diperbaharui dan membina ketahanan grid bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada industri, infrastruktur digital dan kesalinghubungan wilayah.
Beliau berkata, Sarawak akan membangun industri strategik melalui perkongsian, mengukuhkan rantaian bekalan tempatan dan membina keupayaan SME sambil membangun teknologi.
Sarawak, tambahnya, akan menerokai kegiatan hiliran dan perindustrian sesuai antara bekalan tenaga, infrastruktur dan dasar yang jelas.
Fokusnya ialah kepada industri hiliran gas, petrokimia dan bernilai tinggi, katanya dan menegaskan, ia djangka meningkatkan pelaburan.
Dengan mengukuhkan tadbir urus dan menambaik proses peraturan, beliau berkata, pembangunan itu akan meyakinkan pelabur dan menarik penyertaan lebih besar daripada sektor swasta.
Menjelang tahun 2030, katanya, pelabur tidak berhadapan dengan kekangan disebabkan peraturan yang jelas dan lebih yakin untuk beroperasi.
Menurut beliau, Sarawak akan turut terlibat dalam tindakan iklim, integrasi matlamat kelestarian alam sekitar dan memacu ekonomi sekular melalui dasar iklim, perdagangan karbon dan kelestarian pelaburan.
Tempoh dari tahun 2026 hingga 2030 adalah penting dan keputusan melaksana sistem tenaga, keupayaan industri, disiplin fisikal dan penyelarasan sekarang akan membentuk daya saing Sarawak melepasi dekad ini.
Kepada pelabur dan peniagaan, katanya, Sarawak menawarkan kredibiliti fisikal, tenaga boleh diyakini, dasar yang jelas, dan kerajaan bersedia membuat keputusan menangani kesulitan.
Ini adalah asas yang Sarawak inginkan untuk bersaing dalam pembahagian ekonomi global, katanya dan mengalu-alukan pelabur dan perniagaan supaya bekerjasama dalam masa jangka panjang dengan Sarawak.
Premier Sarawak turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan ASEAN kepada 14 penerima termasuk Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Abdul Aziz Husain dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tribune & Suara Sarawak Dato Dr. Jeniri Amir.
ASBEF 2026 anjuran bersama Kelab Ekonomi ASEAN (AEC), Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik dan Kelab Perniagaan ASEAN menghimpunkan kira-kira 200 peserta, termasuk pembuat dasar, pegawai kanan kerajaan, pemimpin perniagaan, pelabur dan pakar industri dari seluruh ASEAN dan luar negara untuk menangani kekangan struktur yang dihadapi rantau ini.
