Kebersihan, harga berpatutan Bazar Ramadan Saratok

SARATOK: Peniaga Bazar Ramadan Saratok perlu menjaga kebersihan persekitaran dan kualiti makanan yang dijual.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, makanan yang dijual dengan harga berpatutan.

“Saya yakin melalui pendekatan itu, kita dapat meyakinkan pelanggan untuk datang membeli,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perasmian Bazar Ramadan Saratok 2025, di sini, petang semalam.

Sebagai langkah meningkatkan kebersihan dan profesionalisme dalam penyediaan makanan, sebanyak 81 peniaga menerima apron dan topi sumbangan Majlis Daerah Saratok (MDS).

Hadir sama, Pegawai Daerah Saratok merangkap Pengerusi Majlis Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid, Pegawai Kesihatan Bahagian Betong, Dr Mohamad Norhaizam Ahmad @ Narawi dan Setiausaha Majlis Daerah Saratok, McCrea Joseph Pererra.