LIMBANG: Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa Limbang merupakan sukan ikonik di bahagian ini yang perlu dipromosi secara meluas kepada luar.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, antaranya mengadakan kejohanan tersebut dengan lebih besar pada tahun hadapan.
“Kita optimis kejohanan ini dapat diadakan dalam skala lebih besar pada tahun depan melalui hadiah lumayan yang ditawarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa Limbang di Kompleks Sukan Limbang di sini, hari ini.
Sebanyak 52 pasukan bertanding pada kejohanan terbabit yang menawarkan hadiah iaitu dari Sabah, Sarawak, Brunei, Labuan dan Semenanjung yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM79,000.
Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang (PTTBL) dan cetusan ilham Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail serta pertama kali diadakan pada 2007.
