Masjid Al-Azim Daerah Kecil Debak mampu tampung lebih 800 jemaah

DEBAK: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Masjid Al-Azim Daerah Kecil Debak yang mampu menampung seramai 815 jemaah pada satu-satu masa, di sini, hari ini.

Projek itu siap dibina dengan sokongan Kerajaan Sarawak.

Masjid terbabit hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam dan pembinaannya membabitkan peruntukan sebanyak RM12 juta melalui dana khas Sarawak (SDAF) bermula 20 Disember 2023 dan siap 25 November 2025.