Penghormatan terakhir buat Debra

KUCHING: Tangisan dan suasana pilu mengiringi perjalanan terakhir jururawat, Debra Moset, 40, apabila jenazahnya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Semadang, di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. Sebelum disemadikan, jenazah mendiang terlebih dahulu dibawa ke Gereja St Patrick Semadang untuk upacara sembahyang sebelum ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan mengiringi perjalanan terakhirnya ke […]

Hospital Lawas perlu diperkasa sebagai hospital pakar

LAWAS: Penempatan doktor pakar secara tetap di Hospital Lawas di sini, amat perlu bagi memastikan penduduk di kawasan utara Sarawak tidak lagi terlalu bergantung kepada hospital rujukan yang jauh. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, langkah itu penting bagi memudahkan penduduk mendapatkan rawatan pakar tanpa perlu berulang-alik ke Limbang, Miri atau Kota Kinabalu. […]

Hospital Lawas berkapasiti 76 katil diserah hari ini

LAWAS: Projek kerja bangunan Hospital Lawas berkapasiti 76 katil, sudah siap dan diserahkan hari ini. Projek itu membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM183 juta. Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi menyempurnakan majlis penyerahan projek terbabit dikenali sebagai Cadangan Pembinaan Hospital Lawas (76 katil), Lawas, Sarawak (reka dan bina) Fasa 2B: Kerja Bangunan dan Kerja-Kerja […]

Pameran Hari Malaysia 2026 hidupkan sejarah pembentukan negara

KUCHING: Pameran Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di pusat beli-belah Plaza Merdeka di sini, menampilkan sejarah pembentukan Malaysia menerusi lima segmen utama. Menteri Komunikasi, Dato Seri Fahmi Fadzil dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama-sama merasmikan pameran berkenaan hari ini. ‘Koridor Zaman Pembentukan Malaysia’ menjadi […]

Premier Sarawak adakan dialog peringkat tertinggi di Bangkok

BANGKOK: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan pertemuan serta dialog peringkat tinggi di Bangkok dalam usaha memperluaskan jaringan strategik antarabangsa dan memperkukuhkan agenda pembangunan sektor tenaga. Agenda lawatan kerja Premier Sarawak hari ini dimulakan dengan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan pengasas Indorama Ventures Public Company Limited, Aloke Lohia […]

Institusi keluarga stabil bentuk generasi berilmu

DARO: Pengukuhan kepimpinan di peringkat akar umbi dilaksanakan seiring usaha memperkukuhkan institusi keluarga bagi melahirkan komuniti lebih kukuh, berdaya tahan dan sejahtera. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, berkata kekuatan masyarakat bergantung kepada keupayaan pemimpin dan keluarga yang memainkan peranan masing-masing. Katanya, kepimpinan berkesan bukan sahaja penting dalam menggerakkan pembangunan komuniti, malah perlu disokong institusi […]

Mangsa ribut Sarikei dibantu

SARIKEI: Bantuan bersesuaian sedang diteliti untuk keluarga yang mengalami kerosakan kediaman selepas rumah mereka dilanda ribut dan hujan lebat di beberapa kawasan di sini, hari ini. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif berkata berkata ini termasuk Kampung Jalan Drahman Keria dan Kampung Dibah. Katanya, sebahagian besar kerosakan membabitkan bahagian […]

Keyakinan rakyat amanah perlu dijaga – Uggah

MIRI: Keyakinan rakyat terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu terus dipelihara dan diperkukuhkan dengan rekod pencapaian Kerajaan Sarawak sepanjang lima tahun lalu. Timbalan Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata keyakinan yang diberikan rakyat bukan sekadar sokongan politik, sebaliknya amanah yang perlu dijaga menerusi prestasi dan khidmat berterusan. Beliau […]

Pendekatan politik Sarawak perlu kekal inklusif, tidak toksik

MIRI: Politik Sarawak perlu terus berteraskan pendekatan yang tidak toksik sebaliknya inklusif dan mengutamakan perpaduan bagi memastikan kepentingan masyarakat terbela. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan tiada mana-mana golongan masyarakat dipinggirkan daripada arus pembangunan wilayah itu. “Inilah semangat kita dalam Parti PBB dan kita tidak […]