MINTRED bantu 45,500 usahawan, nilai bantuan RM199.49 juta
KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) telah membantu lebih 45,500 usahawan. Ia membabitkan nilai bantuan sebanyak RM199.49 juta dari 2021 hingga suku pertama 2025. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bantuan itu disalurkan melalui program seperti Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS), Skim Kredit Mikro […]
Douglas Uggah puas hati Jambatan Batang Igan bakal siap Disember ini
MUKAH: Jambatan Batang Igan yang bernilai RM285 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember depan. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah, projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer (km) itu kini sudah siap kira-kira 82 peratus. “Kita puas hati dengan perkembangan semasa. Tinggal lagi 18 peratus saja sebelum projek ini betul-betul siap. “Kita sudah minta kontraktor […]
Penyelidikan UNIMAS bantu pelaksanaan projek SSLR 2
KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengadakan majlis penyampaian Surat Perjanjian Geran Industri (LOA) antara Maltimur AktifUnggul JV Sdn Bhd (MAUJV) dan UNIMAS Holdings Sdn Bhd, di sini, hari ini. Menurut kenyataan media UNIMAS, majlis disempurnakan oleh Pengerusi MAUJV, Datu Safri Zainuddin dan Timbalan Naib Canseclor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Ir Dr Siti Noor […]
Naik taraf Taman Tasik Desa Ilmu siap November ini
KOTA SAMARAHAN: Taman Tasik Desa Ilmu di sini bakal berubah wajah apabila dinaik taraf dengan konsep perahu tambang, sekali gus menjadi mercu tanda baharu di kawasan ini. Reka bentuk berkonsepkan warisan budaya itu sebahagian daripada Program Infrastruktur Sosial dan Reka Bentuk Alam Sekitar (IRSDA), bertujuan memenuhi keperluan rekreasi penduduk serta menyerlahkan identiti komuniti. Menteri Pelancongan […]
Projek Jalan Kampung Medong, Lebrasau/ Kampung Klid lewat 70 hari, mesyuarat hujung bulan ini
DALAT: Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama pihak yang terlibat dalam pembinaan Jalan Kampung Medong, Lebrasau/ Kampung Klid di sini akan mengadakan mesyuarat hujung bulan ini bagi membincangkan penyiapan jalan sepanjang 11.67 kilometer (km). Mereka terdiri daripada kontraktor, perunding dan pemegang lesen projek. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mesyuarat itu amat penting […]
Idris Buang dilantik semula Timbalan Speaker DUN Sarawak
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang dilantik semula sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dalam istiadat yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak, di sini hari ini. Majlis dimulakan dengan penyerahan surat pelantikan kepada Idris sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri […]
Sarawak, UM meterai MoA tubuhKursi Derma Kekal Premier Sarawak
KUCHING: Kerajaan Sarawak dan Universiti Malaya (UM) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menubuhkan Kursi Derma Kekal Premier Sarawak yang akan memberi fokus kepada empat tunjang utama dalam ekonomi baharu yang dipraktikkan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, empat tunjang tersebut ialah ekonomi hijau, ekonomi hidrogen, penjagaan kesihatan bioteknologi dan kecerdasan […]
Ordinan Biodiversiti Sarawak akan dipinda
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meminda Ordinan Biodiversiti Sarawak bagi menjalankan penyelidikan serta mengkomersialkan hasil kajian biodiversiti di wilayah ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pindaan ordinan itu penting bagi membolehkan potensi komersial bahan biodiversiti dimanfaatkan secara optimum, termasuk melalui kerjasama strategik dengan pihak berkuasa yang sah. “Di bawah ordinan sedia ada, […]
Delegasi EFTA, Premier Sarawak bincang industri tenaga hijau, penangkapan karbon
KUCHING: Industri tenaga hijau dan penangkapan karbon menjadi topik perbincangan delegasi Jawatankuasa Parlimen Persatuan Dagangan Bebas Eropah (EFTA) semasa melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Parlimen EFTA dan Ketua Delegasi Iceland, Grimur Grimsson yang mengetuai delegasi EFTA berkata, turut dibincangkan […]
Taman perindustrian mega perlu bagi tarik pelaburan Lawas
LAWAS: Pembangunan taman perindustrian dan suasana kondusif bagi pelaburan amat diperlukan di daerah ini yang terletak paling utara di Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia penting bagi menarik pelaburan besar ke daerah berkenaan serta memanfaatkan kedudukannya yang strategik. “Walaupun sudah ada ( taman perindustrian) tetapi kita perlu sesuatu lebih […]
