BDA-Press Metal Aluminium jalin kerjasama pengeluaran ekstrusi fabrikasi

KUCHING: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menjalinkan kerjasama dengan Press Metal Aluminium Holdings Berhad bagi membangunkan pengeluaran ekstrusi fabrikasi yang khusus untuk industri solar di Bintulu. Di bawah kerjasama itu, BDA memiliki pegangan sebanyak 20 peratus, menyerlahkan komitmen Sarawak dalam memperluaskan industri ini, jelas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Katanya, kerjasama […]

Tunaikan zakat fitrah, bantu golongan memerlukan

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) menetapkan kadar zakat fitrah bagi Sarawak bagi tahun 1446H ialah sebanyak RM7.50 seorang. Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi sehubungan itu mengingatkan umat Islam di Sarawak untuk menunaikan kewajipan zakat fitrah dengan penuh keinsafan dan tanggungjawab. “Ia bukan sahaja menyucikan jiwa dan harta kita, […]

Sarawak, Indonesia tingkatkan kesedaran prosedur perkahwinan

KUCHING: Sarawak akan bekerjasama dengan Konsulat Jenderal Indonesia untuk meningkatkan kesedaran prosedur perkahwinan antara rakyat Malaysia dan Indonesia bagi mengelakkan masalah kewarganegaraan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata kebanyakan kes berkaitan perkahwinan antara rakyat Sarawak dan wanita Indonesia. “Usaha ini bertujuan memastikan anak-anak yang dilahirkan memiliki kewarganegaraan yang sah,” […]

AI bantu urus tanah Sarawak secara digital, lestari

KUCHING: Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan tanah merupakan langkah strategik bagi memastikan perkhidmatan Sarawak kekal relevan dalam era digital. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, teknologi itu dapat memantau perubahan sempadan, menganalisis data geospatial dengan lebih tepat serta menguruskan sumber tanah secara lestari. “Ini sangat penting dalam menghadapi cabaran […]

Produk keluaran Sweet Az Zahra semakin dikenali

DARO: Sweet Az Zahra memang tidak asing lagi terutama pencinta kek lapis di Kampung Badong dan kawasan sekitarnya. Ini kerana, Sweet Az Zahra antara pengeluar kek lapis hasil air tangan pemiliknya, Faruzzilla Mokhtar, 36. Setelah merasai sendiri kek lapisnya, ternyata kek lapis keluaran Sweet Az Zahra memang sedap, lembut dan cantik tersusun. Menurut Faruzzila, kek […]

PAWE Debak disaran anjur banyak aktiviti untuk ahli

DEBAK: Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Debak perlu memperbanyakkan aktiviti di pusat berkenaan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, ia penting untuk manfaat warga emas yang menjadi ahli di pusat terbabit. “Antara aktiviti yang boleh dianjurkan ialah seperti gotong royong, senaman sihat, bersukan, mengaji, perkebunan hidroponik, fertigasi […]

Tujuh MoU dimeterai, perkukuhkan agenda tenaga hijau

KUCHING: Tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai lebih RM200 juta ditandatangani pada acara EIC Connect Energy Borneo 2025 di sini, hari ini. Penganjuran ini dijangka menjadi pemangkin utama kepada pembangunan sektor tenaga di rantau ini, memperkukuhkan hubungan strategik dan sokongan industri bagi memajukan agenda tenaga hijau. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland […]

Kerajaan GPS biayai deposit beli rumah pertama

KUCHING: Kerajaan Sarawak memberi deposit pembelian rumah pertama melebihi RM250,000 bagi lebih 250 unit rumah Perumahan Vision Hill Sri Pertiwi di sini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, deposit berjumlah RM10,000 setiap rumahtidak perlu dibayar balik kerana kesemuanya ditanggung kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS). “Pembeli rumah hanya menyambung pembayaran […]

Peruntukan RM30 juta bina kompleks sukan, stadium tertutup

KABONG: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta bagi membina kompleks sukan dan stadium tertutup di Daerah Kabong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, langkah ini penting dalam menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong sebagai pusat program pembangunan sukan luar bandar. Katanya, ini juga langkah kerajaan Sarawak […]