KUCHING: Sarawak mempunyai 20 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan lapan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) yang bergerak aktif setakat ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, PAWE dan PPWE merupakan tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti dan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial.
Ia merupakan pembangunan kepada mereka yang melibatkan kerjasama strategik.
“Ia merupakan kerjasama strategik antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / PAWE/PPWE dengan agensi kerajaan lain, sektor korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.
Beliau berkata demikian di Program Ziarah Kasih Warga Emas sempena Hari Gawai Dayak dan Hari Raya AidilAdha 2025 di Lions Nursing Home di sini, hari ini.
Sementara itu, berdasarkan statistik PAWE dan PPWE mengikut bahagian pula, Kuching mempunyai sebanyak tujuh pusat terbabit diikuti Miri (empat) dan Betong (tiga).
Manakala, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Limbang masing-masing dua pusat itu serta satu pusat di Samarahan.
