Pelbagai projek RTP dilaksana di Kampung Sessang

KABONG: Komitmen berterusan membawa pembangunan ke Kampung Sessang membabitkan peruntukan keselamatan RM11.5 juta sejak 2018.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, pelbagai projek transformasi luar bandar (RTP)
telah dan sedang dilaksanakan.

Antara projek di bawah RTP (2018–2026) termasuk pembinaan ring bund RM150,000 (2018), pintu air fasa dua RM300,000 (2019), ban sungai RM250,000 (2022), gelanggang sepak takraw RM150,000 (2023), naik taraf futsal RM300,000 (2024), serta projek 2025-2026 seperti naiktaraf jalan, jeti, pondok KRT dan ban sungai baharu.

Projek Agensi Pembangunan Bahsgian Betong (BDDA) DUN Kabong pula merangkumi pembinaan Dewan Masyarakat RM2.5 juta, kerja perparitan jalan utama RM4.5 juta, parit konkrit RM1.5 juta dan susur gajah berbumbung di SK Abang Moh Sessang RM300,000.

Di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), katanya projek utama merangkumi pembinaan dewan masyarakat, sistem perparitan, parit konkrit serta susur gajah berbumbung di sekolah.

Beliau berkata demikian pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Sessang semalam, sambil berharap semua projek ini terus meningkatkan kualiti hidup penduduk.