Pelihara kemudahan prasarana demi manfaat bersama – Azizul

LUNDU: Jambatan gazebo membabitkan kos sebanyak RM35,000 siap dibina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan merasmikan jambatan tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Melano, Sematan di sini, hari ini.

Jambatan terbabit yang dibina menggunakan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN berkenaan dan siap dalam tempoh tiga bulan.

Sehubungan itu, Azizul berharap kemudahan pasarana untuk Dewan Kenyalang SK Telok Melano juga perlu dijaga dan dipelihara bagi keselesaan pelajar.

Selain itu, Azizul Annuar juga menyerahkan tapak projek fartigasi terbuka oleh Jabatan Pertanian Daerah Lundu kepada Taim Teleng di Kampung Pueh di sini.

Tapak membabitkan sebanyak 200 polibeg itu di bawah peruntukan program (AFF) Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjong Datu.

Beliau berharap projek itu dapat memberi manfaat kepada komuniti dan memberi impak positif dari segi ekonomi dan sosial kepada masyarakat.