Pendaftaran sistem diperkemas, mangsa banjir PPS meningkat

KUCHING: Bahagian Kuching mencatatkan bilangan Pusat Permindahan Sementara (PPS) terbanyak yang dibuka untuk menempatkan mereka yang terjejas banjir.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, keseluruhannya terdapat 10 PPS dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di seluruh negeri ini setakat pukul 11 pagi, 2 Januari ini.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata, daripada 10 PPS yang dibuka itu, lapan di Bahagian Kuching dan sebuah masing-masingnya di Bahagian samarahan dan Limbang.

Lapan PPS yang dibuka di Bahagian Kuching menempatkan 300 ketua isi rumah (KIR) membabitkan 1,196 orang, manakala di Samarahan menempatkan lapan KIR (23 orang) dan Limbang tujuh KIR (39 orang), katanya.

Menurut Fatimah, PPS di Bahagian Kuching ialah Dewan Masyarakat Stapok, Dewan Sinar Budi, Surau Ar Rahman Kampung Sg. Batu, Surau Nurul Najhin Stapok, Dewan Serbaguna Taman Malihah, SJK ©️ Chung Hua Sungai Tengah, SJK Chung Hua Batu Kawa dan Masjid Istiglaal, Kampung Sungai Maong.

Manakala di Samarahan, PPS di Dewan Suarah Samarahan merekodkan lapan KIR terdiri daripada 23 orang dan di Limbang, PPS di Dewan Masyarakat Trusan merekodkan tujuh KIR terdiri daripada 39 orang, katanya.

Trend pemindahan mangsa di PPS berbanding semalam menunjukkan peningkatan, katanya dan menambah, sedang berusaha memastikan semua mangsa banjir mendaftar di dalam sistem dan dalam proses pemulihan data mangsa.