LIMBANG: Sejumlah RM700,000 diperuntukkan untuk dewan serba guna Kampung Nauran dan pembinaan parit konkrit.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail memberitahu projek tersebut akan mula dibina pada tahun ini.
Beliau menyatakan demikian pada Program Badudun(ziarah) Ramadan Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Kota Bersama Pemimpin di Surau Al-Muqarrabin Kampung Nauran malam tadi.
Turut diadakan penyampaian sumbangan berupa makanan asas dan wang tunai kepada 11 golongan asnaf.
Turut hadir Ketua Kampung Nauran Affendi Mohidin, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N79 Bukit Kota Osman Salleh, Imam Surau Al-Muqarrabin Kampung Nauran Pengerusi Surau Al-Muqarrabin Kampung Nauran Shafie Jakop, dan Gani Matusin.
Program ini acara tahunan Biro Agama Pusat Khidmat Cawangan Bukit Kota.
