Premier terima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat, Naib Canselor UTS

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Darat Jeneral Dato’ Azhan Md Othman di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.

Ia merupakan kunjungan sulung Azhan terhadap Premier Sarawak selepas pelantikan beliau pada Januari 2026.

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Hadir sama Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi serta Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Dato’ Khairul Anuar Abd Aziz.

Sejurus selepas itu, Abang Johari menerima kunjungan perpisahan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Sibu Profesor Emeritus Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.

Kunjungan tersebut diadakan sempena tamatnya tempoh perkhidmatan Dr Khairuddin sebagai peneraju utama universiti milik penuh Kerajaan Sarawak yang berpangkalan di Sibu pada bulan ini.

Turut mengiringi ialah isteri beliau, Datin Dayang Mariani Abang Zain.